Pembangunan pesat dalam teknologi pada abad ke
21 telah mendedahkan generasi kini kepada inovasi – inovasi baru dalam dunia
digital. Gelombang ledakan teknologi yang begitu pantas turut memasuki dunia
pendidikan sejak 10 tahun yang lalu. Menurut Bates ( 2000 ), keperluan untuk
melakukan sesuatu dengan lebih pantas, perubahan keperluan dalam masyarakat dan
kesan penggunaan teknologi – teknologi baru di dalam pengajaran dan
pembelajaran telah menjadi faktor utama
perubahan di dunia pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran turut
mengalami integrasi dalam fungsinya menyebar maklumat secara bersemuka dalam
bilik darjah. Kaedah konversional chalk and talk di mana guru sebagai penyampai maklumat
secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis sudah
tidak relevan dengan kehendak pendidikan hari ini. Pelbagai dasar dan program
pendidikan telah disusun dan dilancarkan bagi mentransformasikan corak
pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan negara kita. Masalah dalam
pengajaran di bilik darjah boleh membantutkan misi dan visi pendidikan negara
dalam melahirkan modal insan memiliki minda kelas pertama. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang
teliti akan merugikan murid dan mewujudkan masalah di kalangan pelajar semasa
proses pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, guru perlu sentiasa mengesan
masalah pengajaran yang dihadapi melalui kajian tindakan terhadap keberkesanan
objektif dan matlamatnya dalam bilik darjah. Masalah pengajaran yang sering
dihadapi dalam bilik darjah seperti pencapaian yang rendah kerana kurang
motivasi mengikuti pembelajaran, sukar untuk memahami sesuatu konsep yang
diajar, kurang keyakinan diri untuk menyatakan idea, tidak memiliki pengetahuan
sedia ada yang luas. Masalah ini berkait rapat dengan cara pembelajaran yang
dialami oleh seseorang pelajar kerana perasaan dan kesediaan minda berasa bosan
menyebabkan kurang tumpuan dalam bilik darjah yang akhirnya sukar untuk menjana
sesuatu isi pembelajaran dalam peti ingatan. Justeru, teknologi maklumat yang
lebih sofistikated dalam pengurusan mampu menyelesaikan masalah pembelajaran
dalam bilik darjah.
Perkembangan teknologi maklumat dalam era
pendidikan seperti perisian aplikasi, pembinaan blog pembelajaran seperti
eduweb TV, perisian permainan instruksional, perisian latih tubi, telah
membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Komputer
merupakan alat kognitif yang paling efisen dan efektif kerana kelebihannya dari
sudut interaktiviti serta kawalan pengguna. Interaktiviti serta kawalan
pengguna membolehkan pelajar mengawal, memanipulasi dan menjelajah maklumat
yang tidak terhad. Kesan positif ini bukan sahaja dilihat kepada perspektif
seorang pelajar malah ia juga memberi kesan yang baik kepada guru dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa kengkangan masa dan beban
tugas lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan